Covid-19: 3,545 kes baru dan 12 kematian

Dr Noor Hisham Abdullah (file photo)

KUCHING, 24 FEB: Kementerian Kesihatan Malaysia(KKM) memaklumkan bahawa terdapat 3,545 kes baharu positif Covid-19 dilaporkan hari ini.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, ia melibatkan 3,544 kes tempatan dan 1 kes import.

ā€œKes positif terkini itu menjadikan jumlah kumulatif kes positif adalah sebanyak 291,774 kes.


ā€œDengan itu, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan adalah sebanyak 30,677 kes,ā€™katanya menerusi satu kenyataan.

Negeri Sembilan melaporkan kes harian tertinggi pada hari ini iaitu sebanyak 1,392 kes. Ini diikuti oleh Selangor sebanyak 581 kes dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur sebanyak 381 kes.

Tambah Dr Noor Hisham, terdapat sebanyak 3,331 kes pulih dan dibenarkan discaj menjadikan jumlah kumulatif kes pulih adalah 260,009 kes atau 89.11 peratus daripada jumlah keseluruhan kes.

“Sehingga kini, terdapat 189 kes positif Covid-19 yang sedang dirawatdi Unit Rawatan Rapi(ICU) termasuk 88 kes memerlukan bantuan pernafasan,”katanya.

Dalam pada itu, beliau turut memaklumkan terdapat pertambahan 12 kes kematian berkaitan Covid-19 dilaporkan hari ini menjadikan jumlah kumulatif kes berkenaan 1,088 kes.

“Kes-kes kematian pada hari ini melibatkan 7 kes di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, 2 kes di Selangor, dan masing-masing 1 kes di Sabah, Terengganu, dan Pulau Pinang.

“Sebanyak 11 kes kematian melibatkan warganegara dan 1 kes bukan warganegara. KKM mengucapkan takziah kepada semua ahli keluarga mereka,”ujar beliau.

Dr Noor Hisham turut memaklumkan bahawa terdapat 8 kluster baharu yang telah dikenal pasti pada hari ini yang melibatkan 7 kluster berkaitan tempat kerja dan 1 kluster melibatkan komuniti.-DayakDaily