1,647 kes baru 9 kematian akibat Covid-19 dilaporkan hari ini

Dr Noor Hisham Abdullah (file photo)

PUTRAJAYA, 11 Mac :Sebanyak 1,647 kes baharu COVID-19 dilaporkan hari ini, menjadikan jumlah keseluruh kes di negara ini terus meningkat kepada 319,364 kes dengan keboleh jangkitan sebanyak 17,544 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, daripada jumlah kes baharu yang dilaporkan hari ini lima kes merupakan kes import yang dikesan mendapat jangkitan di luar negara.

Katanya, negeri selangor terus kekal mencatatkan kes tertinggi dengan 712 kes dilaporkan hari ini diikut Johor (170 kes) dan Pulau Pinang (169 kes).


“Sehingga kini, seramai 147 kes sedang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) dengan 61 kes daripadanya masih memerlukan bantuan alat penafasan,” katanya dalam sidang media di sini hari ini.

Beliau berkata, terdapat sembilan kematian dilaporkan hari ini menjadikan jumlah keseluruhan kematian akibat kes berkenaan terus meningkat kepada 1,200 kes atau 0.38 peratus.

“Setakat jam 12 tengahari tadi sejumlah 2,104 kes dilaporkan sembuh sepenuhnya daripada jangkitan Covid-19 menjadikan jumlah kumulatif kes pulih sepenuhnya daripada COVID-19 ialah 300,620 kes bersamaan 94.10 peratus daripada jumlah keseluruhan kes,”katanya.

Dr. Noor Hisham berkata, terdapat lima kluster baharu dikesan hari ini dengan tiga daripada nya merupakan kluster di tempat kerja manakala dua kluster lagi adalah kluster komuniti dan kluster pusat tahan.

Katanya, sehingga kini sejumlah 1,222 kluster telah dikenalpasti diseluruh negara dengan 782 kluster telah diisytihar tamat.

“Ketika ini, sebanyak 440 kluster masih aktif termasuk 14 kluster yang dikenalpasti pada hari ini dengan 65 kluster daripada jumlah kluster aktif itu merekod jumlah pertambahan kes baharu pada hari ini,” katanya. -DayakDaily