’50 hingga 60 peratus anjing di kawasan wabak rabies berpotensi menjadi pembawa virus rabies’

Dog snout. — DayakDaily.com file pic.// Photo: Pixabay

SERIAN, Feb 12: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menganggarkan kira-kira 50 hingga 60 peratus anjing yang berada di kawasan wabak rabies di negeri ini boleh menjadi pembawa virus penyakit anjing gila.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr S. Subramaniam berkata, risiko bagi manusia dijangkiti virus rabies adalah tinggi kerana lebih 50 peratus mereka yang digigit anjing akan dijangkiti penyakit itu.

Sehubungan itu katanya, mana-mana pemilik anjing di negeri ini wajib membawa haiwan peliharaan mereka untuk mendapatkan suntikan vaksin anti-rabies sekurang-kurangnya setahun sekali.


“Pemilik anjing kena ingat, semua haiwan peliharaan mereka mesti diberikan vaksin rabies setahun sekali.

“Ini kerana, semua anjing di negeri ini kini dianggap pembawa virus rabies, jadi para pemilik anjing perlu memastikan haiwan itu divaksin bagi mencegah penularan wabak penyakit itu,” katanya ketika ditemui di Kampung Bayur di sini hari ini.

Dalam pada itu, Subramaniam memberitahu, mangsa rabies keenam iaitu seorang kanak-kanak lelaki berusia lapan tahun telah dibenarkan keluar dari Hospital Umum Sarawak di sini selepas pulih daripada jangkitan virus rabies.

Keadaan kanak-kanak yang selamat daripada virus rabies.

Namun katanya, meskipun kanak-kanak itu terselamat, tetapi dia kini mengalami kecacatan otak dan hanya bergantung kepada mesin bantuan alat pernafasan.

“Keadaan mangsa yang selamat daripada wabak rabies ini jarang-jarang terjadi dengan kurang 20 pesakit rabies di dunia terselamat,” ujarnya lagi. — DayakDaily