4,571 kes baharu 17 kematian akibat Covid-19 dilaporkan hari ini

Dr Noor Hisham

PUTRAJAYA: Sebanyak 4,571 kes baharu COVID-19 dilaporkan hari ini, menjadikan jumlah keseluruh kes di negara ini terus meningkat kepada 231,483 kes

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, daripada jumlah tersebut 4,568 kes merupakan kes jangkitan tempatan manakala tiga kes lagi merupakan kes import yang dikesan mendapat jangkitan di luar negara.

“Selangor merekodkan hampir separuh jumlah kes dilaporkan hari ini dengan 2,056 kes dikuti Johor (664 kes), Kuala Lumpur (481kes), Sarawak (270 kes), Melaka (238 kes), Perak (163 kes), Pulau pinang (157 kes),Negeri sembilan (100 kes), Pahang (78 kes), Terenganu (69 kes), kedah (51 kes) dan Kelantan (48 kes), manakala putrajaya dan labuan masing merekodkan 20 dan satu kes positif jangkitan Covid-91.


“Sehingga kini terdapat 48,771 kes aktif dengan kebolehjangkitan Covid-19 dan daripada jumlah itu sebanyak 308 kes dirawat di unit rawatan rapi (ICU) dengan 135 kes memerlukan bantuan alat penafasan,” katanya menerusi kenyataan harian Covid-19 hari ini.

Dr. Noor Hisham berkata, sehingga jam 12.00 tengahari tadi, sejumlah 4,092 kes dilaporkan telah sembuh sepenuhnya daripada jangkitan Covid-19.

Jumlah tersebut menjadikan jumlah kumulatif kes sembuh daripada jangkitan wabak berkenaan meningkat kepada 181,886 kes atau 78.6 peratus daripada keseluruhan kes yang dilaporkan di seluruh negara.

“Dukacita dimaklumkan 17 kes kematian akibat jangkitan wabak Covid-19 dilaporkan pada hari ini menjadikan jumlah kumulatif kematian akibat jangkitan wabak berkenaan meningkat kepada 826 kes atau 0.36 peratus daripada keseluruhan kes,”katanya. -DayakDaily