36 rumah di Kampung Selemas terima bantuan air minuman

Penduduk Kampung Selemas menerima bantuan air minuman sumbangan Huang.
Advertisement

KUCHING, 6 Dis: Sebanyak 36 buah rumah di Kampung Selemas di Bintangor telah menerima bantuan air minuman pada Ahad (4 Dis).

Menurut laporan Unit Komunikasi Awam Sarawak (Ukas), majlis penyerahan bantuan tersebut telah disempurnakan oleh ADUN Repok Dato’ Sri Huang Tiong Sii.

Menurut Huang, paip utama yang rosak berhampiran dengan Sg Sian Ferry Ramp telah mengundang kerisauan penduduk sekitar.

Advertisement

Katanya, kerosakan pada paip tersebut telah berlaku sejak 11 Oktober lepas.

Jelasnya, kehidupan penduduk di Kampung Selemas telah terjejas kerana mengalami gangguan bekalan air untuk kegunaan harian.

“Penyelenggaraan kerosakan memakan masa selama beberapa bulan,” katanya.

Sehubungan itu, beliau berharap bantuan itu sedikit sebanyak dapat meringankan bebanan yang dialami penduduk tersebut.

“Bantuan itu juga dapat memberikan sedikit kelegaan dan kegembiraan kepada keluarga yang terkesan,” katanya. — DayakDaily

Advertisement