This Content Is Only For Subscribers
Oleh Chris Bishop
KUCHING, 17 Julai: Sarawak kini mencatatkan 32.05 peratus pelajar mendaftar dalam aliran Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM).
Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat Datuk Roland Sagah berkata, angka tersebut masih jauh daripada sasaran 60 peratus.
“Daripada angka tersebut, sejumlah 20 peratus mengambil aliran sains, manakala 12.05 peratus di dalam aliran teknologi dan vokasional,” katanya dalam ucapan perasmian Maths PLUS di Institut Pendidikan Guru Kampus (IPGK) Batu Lintang di sini hari ini.
Tambah Sagah, sasaran 60 peratus pelajar mengikuti aliran STEM digariskan di bawah Strategi Pembangunan Pasca Covid-19 (PCDS 2030).
Justeru, beliau menyeru semua guru dan pendidik menyahut cabaran tersebut, seterusnya memastikan sasaran dicapai menjelang 2030.
“Semenjak kewujudan kementerian saya ini pada tahun 2017, kita telah mengambil inisiatif untuk meningkatkan jumlah pendaftaran pelajar sekolah di dalam program STEM,” ujarnya. — DayakDaily