Jalan empat lorong dua hala dari Jambatan Babu ke Jambatan Awik dibuka 19 Julai

Jalan empat lorong dua hala dari Jambatan Babu ke Jambatan Awik Jalan Sri Aman-Sarikei dibuka pada 19 Julai ini jam 10 pagi.

This Content Is Only For Subscribers

Please subscribe to unlock this content. Enter your email address and full name to get access. It's FREE!
Your email address is 100% safe from spam!

KUCHING, 17 Julai: Jalan empat lorong dua hala dari Jambatan Babu ke Jambatan Awik Jalan Sri Aman-Sarikei dibuka pada 19 Julai ini jam 10 pagi.

Jabatan Kerja Raya (JKR) menerusi notis pemberitahuan hari ini berkata, walau bagaimanapun, kerja-kerja pembinaan fasa akhir masih dijalankan.

Justeru, pengguna jalan raya dikehendaki untuk memberi perhatian serta kerjasama sepenuhnya ketika melalui kawasan ini.

“Pengguna jalan raya diminta berhati-hati ketika memandu di laluan berkenaan semasa tempoh pembukaan dijalankan dan mematuhi segala pengurusan trafik,” kata JKR.

Sementara itu, pihak kontraktor akan memaklumkan sekiranya terdapat sebarang perubahan pada tarikh atau kawasan yang terlibat dengan pembukaan ini. — DayakDaily