3,103 mangsa banjir terjejas di Sarawak setakat ini

KUCHING, Feb 6: Seramai 3,103 mangsa banjir daripada 830 buah keluarga di Sarawak masih ditempatkan di 20 pusat pemindahan sementara setakat ini.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS), Mejar Ismail Mahedin berkata, jumlah mangsa yang direkodkan itu adalah setakat pukul 8 pagi ini.

Menurut beliau, terdapat tiga bahagian yang masih terjejas dengan bencana itu iaitu Kota Samarahan, Serian dan Mukah.

“Kota Samarahan merekodkan jumlah tertinggi iaitu seramai 1,840 mangsa daripada 481 buah keluarga dan ditempatkan di sembilan pusat pemindahan sementara.

“Ini diikuti Serian iaitu seramai 1,038 mangsa daripada 281 keluarga di lapan pusat pemindahan banjir,” katanya ketika dihubungi hari .

Pasukan bomba membantu memindahkan mangsa banjir.

Ismail menambah, Mukah pula merekodkan seramai 225 mangsa daripada 68 keluarga dan ditempatkan di tiga pusat pemindahan sementara.

Katanya, setakat ini, terdapat 17 kawasan di ketiga-tiga tempat masih terjejas akibat banjir.

“Semua mangsa banjir yang terjejas kini dilaporkan dalam keadaan selamat dan terkawal,” ujarnya lagi. — DayakDaily