3 lelaki ditahan susulan kejadian melempar mercun di Riam

-Ketika-tiga suspek dibawa ke Balai Polis Pusat Miri untuk siasatan lanjut.

MIRI, 20 Nov: Tiga lelaki warga tempatan ditahan polis dipercayai susulan kejadian melempar mercun ke sebuah rumah pekerja di Ming Sing Gardin, Riam.

Ketiga-tiga suspek berusia 29, 33 dan 37 tahun itu ditahan susulan satu laporan polis dibuat pemilik asrama pekerja terbabit selepas diberitahu mengenai kejadian.

Tangkapan sekitar jam 4.15 petang itu, dibuat sepasukan anggota polis dari Jabatan Siasatan Jenayah Miri (JSJ) diketuai ASP Unang Giang.


Ketua Polis Daerah Miri ACP Lim Meng Seah ketika mengesahkan tangkapan.

Kesemua suspek ditahan dalam satu serbuan ke atas sebuah rumah di Bandar Baru Permyjaya.

Anggota JSJ Miri membawa selaras ‘bakakuk’ yang ditemui semasa serbuan ke atas rumah suspek.

Turut dirampas ketika serbuan ialah tiga bilah parang berbagai saiz (dengan ukuruan sekitar 61cm, 96cm dan 97cm), sebilah sabit (41cm) selaras senapang patah buatan sendiri atau “bakakuk” dan sebutir peluru jenis Fiscchi.

Kes disasat mengikut Seksyen 6(1) Akta Bahan Kakisan Letupan Senjata Berbahaya 1958 dan Seksyen 8(a) Akta Senjata 1960. — DayakDaily