27 diperintahkan jalani rawatan dan pemulihan kerana dadah di Miri

Gambar komposit menunjukkan keadaan sekitar operasi tersebut.

MIRI, 21 Feb: Seramai 27 individu berusia 19 hingga 49 tahun, diperintah menjalani rawatan dan pemulihan di Pusat Pemulihan Penagihan Narkotik (Puspen) Kuching oleh Mahkamah Majistret Miri, di sini, 17 Februari yang lalu.

Perintah rawatan dan pemulihan selama tempoh dua tahun dijatuhkan oleh Mahkamah Majistret Miri Leona Dominic Mojiliu dan Nazira Adlin Ahmad Khairul Razi di bawah Seksyen 6(1)(a) Akta Penagih Dadah (Rawatan dan Pemulihan) 1993.

Hukuman dijatuhkan setelah mengambil kira laporan dan syor pegawai pemulihan serta faktor keselamatan awam.


Kesemua kes disiasat oleh pegawai penyiasat Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) Daerah Miri.

Dalam Tindakan Penyelasaian (TP) Aduan Sharp dan Kesan, One Stop Committee (OSC) MIDS Daerah Miri, Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Daerah Miri telah menahan seramai 22 individu, berumur 20 hingga 45 tahun. Ujian saringan awal kesemua mereka positif dadah jenis methamphetamine atau juga dikenali sebagai syabu, dan ditahan dibawah Seksyen 3 Akta Penagih Dadah (Rawatan & Pemulihan) 1983.

Operasi yang diadakan pada 15 Februari, jam 10 malam hingga 5 pagi itu, juga disertai Jawatankuasa Penduduk (JKP) Miri. ā€” DayakDaily