25 individu dikompaun malam Ambang Merdeka di Kuching

PDRM logo

KUCHING, 1 Sept: Seramai 25 orang dikompaun kerana melanggar prosedur operasi standard (SOP) pada malam Ambang Merdeka, Isnin lalu di bandaraya ini.

Ketua Polis Daerah Kuching ACP Ahsmon Bajah berkata kesemua mereka dikompaun keseluruhan mencecah RM37,500.

Katanya, dua lokasi operasi adalah di Jalan Tan Sri Ong Kee Hui dan Jalan Hup Kee.

“Hasil pemeriksaan dijalankan, seramai 25 orang telah dikenakan kompaun yang terdiri daripada 14 lelaki dan 11 wanita berusia lingkungan 22 hingga 49 tahun.

“Mereka didapati telah melakukan kesalahan berada di kawasan awam melebihi tempoh masa yang ditetapkan dan tiada penjarakan fizikal,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Tegas Ahsmon, pihaknya akan sentiasa melakukan operasi pematuhan SOP di bawah Op Covid-19.

“Orang awam dinasihatkan agar patuh perlaksanaan SOP yang ditetapkan dan kita tidak akan berkompromi berhubung perlanggaran SOP,” katanya. ā€” DayakDaily