Lelaki maut selepas motosikal terbabas dan langgar kereta di Singai

Keadaan Perodua Kenari tersebut selepas kemalangan.

BAU, 1 Sept: Seorang penunggang motosikal maut dalam kemalangan di Jalan Kampung Atas Singai di sini, hari ini.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Sarawak Supt Alexson Naga Chabu berkata motosikal mangsa dipercayai hilang kawalan lalu terjatuh dan menggelongsor di atas jalan sebelum bertembung dengan sebuah Perodua Kenari.

Katanya, kejadian dilaporkan berlaku sekitar jam 8.30 pagi, ketika mangsa, seorang lelaki berusia 22 tahun dari Kampung Sudoh Singai, dalam perjalanan dari arah Singai menuju ke simpang Musi.


Beliau berkata mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh paramedik ambulans Hospital Bau.

Pemandu kereta terbabit tidak mengalami kecederaan.

Alexson berkata semasa kejadian, cuaca dalam keadaan baik.

Beliau berkata mayat mangsa telah dibawa ke rumah mayat Hospital Bau untuk tindakan lanjut dan kes disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. ā€” DayakDaily