23 lokaliti di Sarawak dikenakan PKPD

DayakDaily.com file pic. // Photo: Pixabay

KUCHING, 19 SEPTEMBER: Sebanyak 23 lokaliti hari ini dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) yang melibatkan daerah Bintulu, Tatau, Sri Aman, Marudi, Limbang, Lubok Antu, Meradong dan Pakan.

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) dalam kenyataan berkata, di Bintulu PKPD dikenakan di Rh Padang Maleng dan Rh Niau Nanang mulai 17 hingga 30 September.

Manakala di Tatau katanya melibatkan Rh Karong Umbam dan Rh Ahkow Kubu untuk tempoh yang sama serta RH Ngumbang Achak mulai 18 hingga 27 September.


“Di Sri Aman, PKPD melibatkan tujuh lokaliti iaitu di Rh jiram di Entulang Kasai, Rh Tuang di Sg Labi, Rh Lewis di Batu Besai dan Rh Chuan di Jaong mulai 18 hingga 27 September.

“Manakala tiga lokaliti lagi melibatkan Rh Jatin di Pantu, Rh Marphy di Selanjan dan Rh John di Sengkuang Ili mulai 19 hingga 28 September,” katanya.

Tambah JPBNS, di Marudi PKPD dikenakan di SK Benawa mulai 18 hingga 28 September dan Rh Judan Selin mulai 19 hingga 29 September serta Rh Tugang di Kampung Ulu Lubai di Limbang untuk tempoh yang sama.

Mengulas lanjut, JPBNS berkata, tiga lokaliti di Lubok Antu turut dikenakan PKPD iaitu Rh Ayum di Ensurai Ili, Rh Tungku di Nanga Puloh dan Rh Abil di Tinting Lalang mulai 19 hingga 28 September.

“Di Pakan, empat lokaliti dikenakan PKPD iaitu Rh John Ukok di Lemujan, Rh Panggau di Munggu Empelam, Rh Mingan di Batu Dua dan Rh Joseph di Ulu Marau mulai 19 hingga 28 September.

“Satu lokaliti di Meradong iaitu Rh Selat di Janting dikenakan mulai 19 hingga 28 September,” kata JPBNS. — DayakDaily