22 peniaga ingkar dikompaun

Pegawai KPDNHEP melalukan pemeriksaan terhadap premis dalam operasi di sekitar Siburan, Serian, Tebedu, Balai Ringin dan Simunjan pada 5-7 Oktober lepas. Kredit gambar: KPDNHEP

KUCHING, 8 Okt:  Sebanyak 19 premis peniagaan di sekitar Bandar Siburan, Serian, Tebedu, Balai Ringin dan Simunjan dikenakan tindakkan kompaun serta merta berjumlah RM2800 di bawah Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan (AKHAP) 2011 manakala tiga lagi premis masih dalam siasatan selepas didapati melakukan kesalahan di Akta Timbang Sukat (ATS) 1972.

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Sarawak dalam satu kenyataan berkata, kesemua premis tersebut antara 172 premis yang diperiksa dalam satu operasi bersama Pejabat KPDNHEP sub cawangan Serian pada 5 hingga 7 Oktober lalu.

“Pemeriksaan dan pemantauan di premis perniagaan akan terus dipertingkatkan sepanjang tempoh pelaksanaan PKPP bagi menentukan harga dan bekalan barangan makanan asas mencukupi dan dijual pada harga yang berpatutan,” kata kenyataan itu.


Katanya, sebanyak 52,469 premis perniagaan meliputi bandar dan luar bandar di Sarawak telah diperiksa oleh kementerian itu sejak 1 Januari hingga kini dengan 805 kes berjaya dihasilkan atas pelbagai kesalahan di bawah dua akta terbabit.

Pegawai KPDNHEP melakukan pemeriksaan terhadap premis dalam operasi di sekitar Siburan, Serian, Tebedu, Balai Ringin dan Simunjan pada 5-7 Oktober lepas. Kredit gambar: KPDNHEP

“Sepanjang tempoh tersebut KPDNHEP turut melakukan rampasan dan sitaan terhadap barangan dagangan bernilai RM4,138,262.27 keseluruhannya dan jumlah kompaun sebanyak RM 310,375.

“KPDNHEP Sarawak juga tidak akan berkrompomi dengan mana-mana peniaga yang mengambil kesempatan dalam tempoh pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) ini.”

Katanya, KPNHEP sentiasa komited untuk memastikan tiada peniaga yang cuba untuk ‘meneguk di air keruh’ dan akan sentiasa menyiasat segala aduan yang dikemukan pengguna kepada kementerian itu.

Pengguna boleh menyalurkan aduan mereka melalui talian hotline kementerian di 1-800-886-800, portal e-aduan KPDNHEP di http://e-aduan.kpdnhep.gov.my, WhatsApp (019-2794317) atau hadir sendiri di mana-mana pejabat kementerian berhampiran. — DayakDaily