2 rumah terbakar, 13 penghuni tinggal sehelai sepinggang

Anggota Bomba berusaha memadam kebakaran.
Advertisement

SIBU, 31 Jan: Seramai 13 orang termasuk seorang orang kurang upaya (OKU) hilang tempat berteduh selepas rumah didiami mereka di Kampung Bahagia Jaya Tengah, di sini musnah dalam kebakaran pagi tadi.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (Bomba) Sarawak berkata pihaknya menerima laporan berhubung kejadian pada jam 5.18 pagi.

Katanya, anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sungai Merah dan Sibu Central dikerahkan ke lokasi kejadian.

Advertisement

“Setiba di lokasi kejadian, didapati kebakaran melibatkan dua buah rumah, sebuah kereta, van dan tiga buah motosikal.

“Kesemua penghuni rumah termasuk seorang OKU berjaya selamatkan diri sebelum ketibaan pihak bomba di lokasi kejadian,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Pasukan bomba bertindak memadam kebakaran tersebut menggunakan satu aliran hos hantaran 200 kaki dua pancutan dengan sumber air dari pili bomba sehingga kebakaran berjaya dikawal.

“Kerja-keeja overhaul dijalankan sehingga tiada lagi punca nyalaan di lokasi dan seterusnya pasukan bomba berangkat balik ke balai,” katanya.

Tiada kecederaan atau kemalangan jiwa dilaporka.

Punca kebakaran dan anggaran kerugian masih dalam siasatan. ā€” DayakDaily

Advertisement