2 pemuda mengamuk ditahan polis

Suspek amuk di Kampung Pengkalan Lutong ditahan pihak polis untuk siasatan lanjut.

Oleh Brad Rantayy

MIRI, 15 Feb: Polis menahan dua lelaki kerana mengamuk dalam dua kejadian berasingan di sini.

Dalam kejadian pertama yang dilaporkan berlaku di sebuah rumah di Kampung Pengkalan Lutong, suspek berusia 31 tahun tiba-tiba ‘naik minyak’ dengan bertindak memecahkan barangan di dalam rumah mertuanya sebelum membakar beberapa pakaian.


Bertindak daripada laporan polis daripada pengadu, sepasukan anggota dari Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Miri telah menahan suspek pada malam Khamis di sebuah rumah di Kampung Batu 1 Jalan Lutong -Kuala Baram untuk tindakan lanjut.

Sementara itu, dalam kejadian berasingan di Tudan Desaras Fasa 6, polis pada petang Isnin telah menangkap seorang suspek berusia 22 tahun kerana dipercayai telah memecahkan cermin rumah dan merosakkan kenderaan milik makciknya.

Punca kedua-dua kejadian masih dalam siasatan.

Kedua-dua suspek masih ditahan di lokap Balai Polis Pusat Miri. — DayakDaily