5 lelaki dipercayai ‘Ah Long’ ditahan polis selepas ugut peminjam

Kesemua lima suspek (narisan depan) dibawa ke lokap Balai Polis Pusat Miri untuk tindakan lanjut.

Oleh Brad Rantayy

MIRI, 15 Feb: Polis Miri pada Ahad menahan lima pemuda dipercayai ‘ah long’ selepas melakukan ugutan jenayah terhadap seorang peminjam.

Suspek berusia antara 19 sehingga 37 tahun itu ditahan di beberapa lokasi berasingan dalam satu operasi dilakukan sepasukan anggora dari Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) IPD Miri susulan menerima laporan daripada mangsa berhubung kejadian.

Difahamkan, kejadian berlaku pertengahan bulan lalu apabila pemgadu menerima panggilan berunsur ugutan daripada salah seorang suspek yang mendakwa akan mencederaka ahli keluarganya sekiranya pengadu enggan melunaskan hutangnya.

Walaubagaimanapun, pengadu mendakwa telah melangsaikan hutangnya yang berjumlah RM10,200 kepada suspek.

Enggan berganjak daripada tuntutan tersebut, suspek dipercayai telah melakukan ugutan terhadapa mangsa.

Bimbang terhadap keselamatan diri dan keluarganya, pengadu, berusia 40 tahun itu telah membuat satu laporan polis.

Menurut Timbalan Ketua Polis Daerah Miri Supt Mohd Sabri Zainol, kesemua suspek sedang ditahan di lokap Balai Polis Pusat Miri untuk tindakan lanjut. — DayakDaily