19 pertubuhan, pesakit kronik terima geran khas RM215,100

Willie (kanan) menyampaikan cek geran kepada wakil salah sebuah pertubuhan pada majlis ringkas di pejabatnya.

KUCHING, 14 Nov: Sejumlah 19 pertubuhan termasuk seorang persakit kronik di kawasan Parlimen Puncak Borneo menerima  manfaat dari geran kerajaan bernilai RM215,100.

Timbalan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi Willie Mongin berkata, selain menunaikan permohanan daripada pertubuhan-pertubahan terbabit geran tersebut adalah untuk kegunaan bagi melaksanakan aktiviti tahunan yang dirancang sebelum ini.

“Saya berharap setiap pertubuhan yang menerima geran khas ini akan memanfaatkannya dan menggunakan peruntukan yang diberikan dengan sebaik mungkin bagi menjayakan aktiviti-aktiviti yang dirancangkan,” katanya.

Penyerahan geran tersebut disempurnakan beliau yang juga ahli Parlimen Puncak Borneo dalam satu majlis ringkas di Pusat Khidmat Ahli Parlimen Puncak Borneo di sini hari ini.

Antara penerima geran tersebut adalah Gereja Seven Day Adventist Siburan, Persatuan Bisapug Sarawak, Komuniti Bidayuh Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan Kampung (JKKK) Rancangan Perumahan Rakyat (RPR) Batu 18 Siburan, Persatuan Bekas Pelajar  Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Dragon, Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Sekolah Rendah Kebangsaan (SRK) Patung , Gereja Seven Day Adventist Kampung Menjau, Biro Wanita Kampung Tijirak, Tabika Kemas Kaampung Baru Mawang, PIBG SMK Siburan, Tabika Kemas Kampung Krokong, pesakit kronik Edward Kabah, Tabung Bantuan Pendidikan Anak Parlimen Puncak Borneo, JKKK Kampung Batu Gong Baru, JKKK Kampung Batu Gong Lama, Ladies Guild of Grace Kampung Subang, Tetuan Kelab Sukan Kakitangan Penjara Puncak Borneo, Ladies Guild St.Thomas Aquinos dan Pertubuhan Penginjilan Pentekos Sarawak.  — DayakDaily