Op Sarang – 14 ditangkap berkaitan dadah di Kg Bilis, Sadong Jaya

Suspek yang ditahan dalam operasi tersebut.

Follow and subscribe to DayakDaily on Telegram for faster news updates.



By Juetila Ozzy

KOTA SAMARAHAN,11 Mac: Seramai 14 penagih dadah ditahan dalam serbuan operasi Op Sarang di Kampung Bilis, Sadong Jaya semalam.

Ketua Polis Daerah Kota Samarahan DSP Sudirman Kram berkata kesemua suspek berusia dalam lingkungan 21 hingga 38 tahun ditahan dalam operasi yang dijalankan kira-kira jam 11.30 pagi hingga 2 petang tersebut.


Menurutnya saringan awal air kencing juga mendapati kesemua mereka positif syabu.

“Pasukan serbuan dari Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Samarahan juga turut merampas 3.1 gram syabu daripada salah seorang suspek.

“Kesemua suspek kini ditahan di lokap Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Samarahan untuk siasatan lanjut,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Beliau berkata kes disiasat mengikut Seksyen 12(3) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 dan Seksyen 15(1)(a) ADB 1952.

“Polis akan terus merancang dan menjalankan operasi secara agresif dan berterusan untuk membanteras jenayah dadah ini daripada terus merebak di kawasan pinggir-pinggir bandar,” katanya. -DayakDaily