13,000 tiket percuma untuk saksikan Kuching City FC vs Selangor FC

Football. — DayakDaily.com file pic. // Photo: Pixabay
Advertisement

KUCHING, 28 Feb: Kuching City FC memberikan 13,000 tiket percuma kepada peminatnya bagi perlawanan Liga Super 2023 menentang Selangor Fc pada 2 Mac ini.

Perlawanan akan diadakan di Stadium Negeri Petra Jaya pada jam 8.15 malam.

Pengerusi Kuching City FC Fazzrudin Abdul Rahman berkata, sebanyak 1,500 tiket Grandstand A dan B akan dicetak.

Advertisement

“Manakala sebanyak 11,500 lagi bagi tempat duduk terbuka akan dicetak,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Tambah Fazzrudin, tiket boleh di tuntut di Stadium Negeri pada 2 Mac mulai jam 10 pagi hingga 3 petang. — DayakDaily

Advertisement