11 individu dikompaun RM44,000 kerana beriadah di kawasan tidak dibenarkan

Polis menjalankan pemeriksaan di Taman Budaya, Kuching.
Advertisement

KUCHING, 12 Julai: Seramai 11 individu dikompaun RM4,000 seorang ketika didapati melakukan aktiviti riadah di Jalan Taman Budaya, di sini semalam, kata Ketua Polis Daerah Kuching ACP Ahsmon Bajah.

Beliau berkata kesemua individu terbabit didapati melakukan kesalahan tersebut semasa pemeriksaan pemerkasaan pematuhan Prosedur Operasi Standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilakukan oleh anggota dari Balai Polis Sentral.

Katanya, pemeriksaan dilakukan sekitar jam 5 petang.

Advertisement

“Semua 11 individu terbabit melakukan aktiviti beriadah di kawasan yang tidak dibenarkan semasa tempoh PKP secara beramai-ramai.

“Mereka telah melakukan kesalahan di bawah Peraturan 17(1) PPPPB (LLDKTJ)(PPN) 2021 kerana tidak mematuhi SOP,” katanya dalam satu kenyataan akhbar.

Tegasnya, semua 11 individu terbabit dikompaun maksimum RM4,000 seorang.

“Polis akan melipatgandakan usaha memerangi wabak sejak perlaksanaan PKP 3.0 dari 1 Jun bagi memerangi Covid-19,” katanya.— DayakDaily

Advertisement