​Masterpiece Cari Penyanyi Wanita

KUCHING : Kumpulan rock Dayak terkenal, Masterpiece akan kembali dengan album baru dengan menonjolkan sedikit kelainan.

Untuk album terbaharu ini, kumpulan rock yang pernah memenangi pelbagai anugerah muzik ini sedang gigih mencari seorang penyanyi wanita.

Willy Masterpiece berkata penyanyi tersebut akan berduet dengan mereka untuk dimuatkan dalam album baharu.

“Tajuk lagu Diva Enigma akan memperdengarkan Depha Masterpiece berpadu suara bersama penyanyi wanita bertuah tersebut.

“Kami sedang mencari wanita yang mempunyai suara falseto dan kepada wanita yang berbakat boleh hubungi melalui facebook saya, Willy Edwin, ” katanya kepada dayakdaily.com

Menurut Willy, terdapat 10 buah lagu akan dimuatkan dalam album tersebut.

“Kesemua lirik lagu ditulis oleh Depha sebagai penyanyi utama.

“Album ini dirakam di Masterjam Studio dan My Home Studio serta adunan bunyi oleh Iskandar dari i- music Studio, ” ujarnya.

Tambah Willy lagi, peminat diminta bersabar kerana album masih dalam proses akhir rakaman dan akan berada dipasaran tidak lama lagi.-dayakdaily.com