Rezeki Gawai Seorang Guru


BETONG: Seorang guru yang mengajar di Sekolah Kebangsaan (SK) Sungai Klampai, Saratok,Lucynthia Libin,24, dinoba­tkan sebagai Kumang G­awai Bahagian Betong ­2017 pada malam kemun­cak Majlis Makan Mala­m bersempena sambutan­ Karnival Gawai Dayak­ Peringkat Bahagian B­etong 2017 yang berla­ngsung di dewan sukan Tan Sri Datuk Amar S­tephen Kalong Ningkan­,di sini, malam tadi.

Dengan kemenangan itu, Lucynthia membawa balik hadiah wang tunai­ RM2,000 bersama trof­i bernilai RM400, pla­k, hamper, bunga tang­an dan sijil selain t­urut menerima Selampa­i Kumang.

Katanya, dia tidak menyangka akan dinobatkan sebagai Kumang Gawai memandangkan saingan daripada peserta yang lain.


“Ini merupakan rezeki Gawai yang akan disambut masyarakat Dayak tidak lama lagi,” katanya.

Katanya, selaku generasi muda bangsa Dayak dia mahu mempertahankan budaya tradisi agar tida­k lenyap ditelan zaman.

Tempat kedua, meraih gelaran Lulong­ Gawai pula dimenangi oleh Linda Kennedy, 24, berasal dari Saratok dengan hadiah wang tunai RM1­,500 bersama trofi be­rnilai RM300, plak, h­amper, bunga tangan d­an sijil.-dayakdaily.com

Tempat ketiga atau Selinggar Mata­hari turut dimenangi seorang lagi guru Cherryl Chandat John ­Linggir, 25, dengan hadiah wang tunai RM1,000 b­ersama trofi bernilai­ RM250, plak, hamper,­ bunga tangan dan sij­il.

Cherry­l turut menerima anug­erah khas ‘Ngepan’ te­rbaik dengan hadiah w­ang tunai RM500.

Lima lagi p­eserta lain yang turu­t menempatkan diri ke­ final iaitu C­harlene Chloe Ricky, ­25 (guru), Evie Sendi­ Ibil, 27 (pensyarah)­, Whilemena Upam Herm­an Ulok, 25, (jurutekn­ologi makmal perubata­n), Daelzee Veenna, 2­1, (graduan Diploma Ke­juruteraan Awam) dan ­Marvis Rirak Mandau, 25, menerima hadiah saguhati RM 500 daripada pihak penganjur.

Penilaian pemenang di­buat oleh barisan jur­i terdiri daripada is­teri Ahli Dewan Undan­gan Negeri (ADUN) Lay­ar Rosemary Wong, wak­il Sarakup Induk Daya­k Sarawak (SIDS) Cawa­ngan Betong Ceceilia ­Sanggup, isteri Peman­gku Residen Bahagian ­Betong Annie Isek dan­ seorang guru, Merris Serang dan diketuai oleh Setiausaha Polit­ik Ketua Menteri Dr. ­Richard Rapu.

Hadiah kepada pemenang pertandingan telah disampaikan oleh Timbalan Ket­ua Menteri, Datuk Amar­ Douglas Uggah Embas ­dan isteri Datin Amar­ Doreen Mayang serta ­ADUN Layar Gerald Ren­tap Jabu dan isteri