Zuraida: Industri lada perlu lebih produktif

Zuraida (dua dari kiri) pada sidang media di Kuching.

KUCHING, 8 Sept: Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi Datuk Zuraida Kamaruddin mahukan industri lada di negara ini diangkat menjadi satu industri yang lebih produktif.

Pada sidang media selesai lawatan kerja ke Lembaga Lada Malaysia (MPB) di sini hari ini, Zuraida berkata, ia berpotensi menambah kepada hasil pendapatan negara.

ā€œIndustri lada harus diangkat kepada tahap atau peringkat perladangan kerana pada ketika ini ia masih bergerak dalam industri kecil-kecilan.


ā€œSelain daripada mengekspot lada putih, hitam dan lada mentah, dari sudut industri hiliran ada beberapa produk yang telah dibangunkan.

ā€œSaya bersama timbalan menteri (Datuk Willie Mongin) akan melihat kepada pembangunan industri hiliran dan huluan,ā€ katanya.

Menurut Zuraida lagi, kajian semula harus dilakukan terhadap produk berkaitan lada yang telah dibangunkan.

Katanya, ini khusus terhadap produk yang boleh menghasilkan pendapatan yang tinggi yang memberi manfaat kepada pengusaha.

ā€œIni yang harus kita fokus di mana kita latih mereka supaya menjadi pengilang kepada produk ini.

ā€œSetiap pengilang sudah tentu ingin mengeluarkan produk yang boleh mendatangkan hasil yang tinggi.

ā€œTiada gunanya jika kita melakukan kajian terhadap produk yang tiada harga di pasaran kerana ia tidak menguntungkan,ā€ ujar Zuraida.

Katanya lagi, pencapaian industri lada di peringkat huluan dan hiliran hendaklah ditingkatkan bagi membolehkan Malaysia terus bersaing sebagai pasaran yang penting.

Pada sidang media yang sama, Zuraida berkata penubuhan anak syarikat Saraspice Sdn Bhd yang bakal beroperasi pada Oktober 2021 dapat memperkukuhkan lagi kedudukan industri lada.

ā€œIa menjadi pembekal unggul lada sarawak yang berkualiti tinggi kepada pelanggan di seluruh dunia serta lebih berdaya saing dalam memenuhi pasaran domestik dan antarabangsa,ā€ katanya. ā€” DayakDaily