Youth Communication Camp hubungkan belia Sarawak

Abdul Karim (lima dari kanan) bersama penganjur YCC, Kuching Toastmaster Club.
Advertisement

KUCHING, 16 Julai: Youth Communication Camp (YCC) mainkan peranan menghubungkan golongan belia dari pelbagai latar belakang di negeri ini.

Menteri Belia, Sukan Dan Pembangunan Usahawan Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah berkata, program seumpamanya wajar disokong dan diadakan setiap tahun.

“Program ini adalah penting, ia membina karektar para belia kita selain membantu mewujudkan suasana harmoni di Sarawak.

Advertisement

“Belia Sarawak baiknya dari kawasan bandar dan pinggir atau luar bandar diberi peluang bergaul di antara satu sama lain.

“Dengan itu mereka mempelajari pelbagai kemahiran dan pengetahuan melalui perkongsian pengalaman,” kata Abdul Karim.

Beliau berkata demikian pada sidang media Youth Communication Camp ke-12 yang akan diadakan di Kem Putra Sentosa, Sematan pada 20-22 Julai ini.

Kem bakal menghimpunkan seramai 250 pelajar dari 20 buah sekolah di serata Sarawak.

“Kem fokus terhadap kemahiran berucap yang dikendalikan oleh Kuching Toastmasters Club (KTMC).

“Ia mengasah kemahiran berkomunikasi dikalangan belia khususnya dalam English, mempersiapkan mereka menghadapi cabaran mendatang,” ujar Abdul Karim. — DayakDaily

Advertisement