Willie letak jawatan timbalan menteri

Datuk Willie Mongin

KUCHING, 16 Ogos: MP Puncak Borneo Datuk Willie Mongin meletak jawatan sebagai Timbalan Menteri Perusahaan, Perladangan dan Komoditi hari ini.

“Saya amat bersyukur kerana diberi peluang mencurah bakti kepada Negara Malaysia, khasnya sektor komoditi negara.

“Terima Kasih juga kepada semua kakitangan Kementerian yang cukup tekun dan telah memberi kerjasama yang cukup baik sepanjang perkhidmatan saya,” kata Willie melalui catatan di akaun Facebooknya.

Beliau juga memaklumkan bahawa kini semua harga sektor komoditi mencapai peningkatan harga yang luar biasa.

“Saya doakan sektor komoditi terus maju dan mampan.

“Semoga negara kita terus aman, makmur dan mempunyai keadaan politik yang stabil di masa mendatang,” katanya.

Sebagai MP Puncak Borneo, beliau berkata akan terus berusaha demi keutuhan dan kelangsungan penduduk Parlimen Puncak Borneo.

Tan Sri Muhyiddin Yasin sebagai Perdana Menteri telah menyerahan surat peletakan jawatan kepada Yang di-Pertuan Agong Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah tengahari ini. — DayakDaily