Willie dan Ali menyerai PPBM hari ini

Willie Mongin (kiba) enggau Ali Biju

KUCHING, 22 Ogos: Kumpulan bekas Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Mohamed Azmin Ali hari ini mengumumkan menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) secara rasmi.

Borang keahlian mereka diserahkan secara rasmi oleh bekas pimpinan PKR itu kepada Presiden PPBM Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam Kongres Negara 2020 di ibu negara hari ini.

Selain Azmin, yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, kumpulan 10 ahli Parlimen lain termasuk ahli Parlimen Ampang yang juga Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Zuraida Kamaruddin, ahli Parlimen Indera Mahkota yang juga Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Saifuddin Abdullah.


Menurut laporan FMT hari ini, Ahli Parliamen Puncak Borneo, Willie Mongin turut menyertai dalam kumpulan tersebut bersama Ahli Parliamen Saratok, Ali Biju.

Turut menyertai Azmin ialah Ahli Parlimen (Bandar Tun Razak) Kamaruddin Jaffar, (Nibong Tebal) Mansor Othman dan (Batu Pahat) Rashid Hasnon.

Sementara itu, Ahli Parlimen Segamat Datuk Seri Santhara Kumar mengumumkan menyertai parti itu selepas menyerahkan borang pada awal bulan ini.-DayakDaily