Warga tua menjadi mangsa perompak ragut di Miri

File photo for illustration purposes

Oleh Brad Rantayy

MIRI, 19 Julai: Seorang surirumah berusia 68 tahun cedera di beberapa anggota badan selepas ditolak dua lelaki di Jalan Raja awal pagi Sabtu (Julai 18) yang bertindak merampas beg sling milik mangsa.

Dalam kejadian 6.30 pagi itu, mangsa dikatakan sedang memasukkan barang-barang yang dibelinya dari pasar ke dalam kereta bersendirian.


Kejadian berlaku di parkir kereta berhampiran dengan Poh Sing Goldsmith Miri di Jalan Raja di sini.

Menurut sumber polis, dua lelaki berjalan kaki yang tidak dikenali menghampiri mangsa yang pada waktu itu sedang sibuk memasukkan barang-barang yang dibelinya ke dalam kereta.

Sumber menambah, kedua-dua suspek terus menyambar beg berjenama ‘Fendi’ mangsa sebelum bertindak menolaknya.

Kerugian dianggarkan sebanyak RM800 termasuk sebuah telepon bimbit jenama Galaxy A5 dan wang tunai RM170.

Kes disiasat mengikut Seksyen 395 Kanun Keseksaan kerana samun berkumpulan.

Ketua polis Miri ACP Lim Meng Seah mengesahkan pihak polis sedang menyiasat kes tersebut. — DayakDaily