Warga SSM digesa martabatkan integriti

Nor Azimah (depan, enam dari kanan) di Sambutan Hari Integriti SSM 2022.

KUCHING, 1 Nov: Ketua Pegawai Eksekutif Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) Datuk Nor Azimah Abdul Aziz menggesa warga SSM mempertabatkan integriti dalam melaksanakan tugas masing-masing.

Katanya, amalan integriti adalah menjurus kepada sikap jujur dan patuh terhadap prinsip nilai moral serta etika yang kuat.

“Integriti adalah amat penting memandangkan setiap warga SSM diperlukan untuk bertindak secara beramanah kepada kuasa dan tugas nya.


“Warga SSM juga seharusnya telus, tulus, tiada konflik peribadi, mempunyai akauntabiliti dan patuh kepada undang-undang dan peraturan yang berkuat kuasa,” katanya menerusi satu kenyataan SSM hari ini.

Pada 31 Oktober lepas, Sambutan Hari Integriti SSM 2022 telah dianjurkan di Kuching.

Ia bagi menunjukkan komitmen SSM untuk membudaya dan menyemarakkan nilai integriti dalam kalangan warga kerjanya. — DayakDaily