Warga emas nyaris maut, nahas di Miri

Anggota Bomba membantu mangsa di lokasi kejadian.

Follow and subscribe to DayakDaily on Telegram for faster news updates.


MIRI, 19 Okt: Seorang lelaki warga emas nyaris maut apabila kereta yang dipandunya terbabas di Jalan Miri Airport, di sini hari ini.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (Bomba) Sarawak berkata kejadian dilaporkan berlaku pada jam 6.20 pagi.

Katanya, sepasukan anggota dari Balai Bomba Miri Sentral bergegas ke lokasi kejadian untuk kerja-kerja menyelamat.


“Sampai di lokasi kejadian, komander operasi melaporkan berlaku kemalangan kendiri melibatkan sebuah kereta jenis Perodua Kenari yang dipercayai bergerak dari arah jalan Pujut sebelum hilang kawalan dan terbabas ke laluan bertentangan.

“Pasukan EMRS bertindak memberi rawatan awal serta menstabilkan mangsa yang mengalami kecederaan belakang badan dan kemudian dikeluarkan dari dalam kereta,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Mangsa yang berusia 69 tahun kemudian dihantar ke Hospital Miri untuk rawatan selanjutnya. — DayakDaily