Wanita warga emas hilang selepas ke kebun belum ditemui

Operasi pencarian mangsa sedang dilakukan.

Oleh Dean Adam

KANOWIT, Jan 23: Seorang wanita warga emas yang dilaporkan hilang selepas keluar ke kebunnya semalam masih gagal ditemui hari ini.

Mangsa, Liong Shui Kim, 66, dilaporkan masih belum dijumpai setakat pukul 5 petang.


Jurucakap bomba dan penyelamat berkata, operasi mencari dan menyelamat (SAR) yang memasuki hari kedua sudah dijalankan sejauh 5 hingga 6 kilometer.

Bagaimanapun katanya, usaha tersebut masih gagal menemui mangsa.

“Faktor cuaca yang kurang baik menyebabkan operasi pencarian ditangguhkan esok,” katanya di sini hari ini.

Jurucakap sama menambah, orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung mangsa agar menghubungi pihak berkuasa untuk tindakan selanjutnya. — DayakDaily