Wanita OKU hilang ditemui selamat

Pasukan SAR menemui mangsa dalam keadaan selamat.

Follow and subscribe to DayakDaily on Telegram for faster news updates.


Oleh Dean Adam

SIBU, Jun 7: Seorang wanita orang kurang upaya (OKU) yang dilaporkan hilang sejak dua hari lepas, telah ditemui selamat petang semalam.

Mangsa, Oliviana Gindi, 24, dijumpai selamat oleh pasukan mencari dan menyelamat (SAR) pada pukul 5.35 petang.


Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak berkata mangsa ditemui dalam radius 1 kilometer dari rumah panjang mangsa.

“Semasa ditemui, mangsa dalam keadaan lemah sebelum diserahkan kepada petugas perubatan untuk tindakan selanjutnya. Operasi SAR ditamatkan selepas mangsa dibawa ke hospital untuk mendapatkan rawatan lanjut,” katanya di sini hari ini.

DayakDaily sebelum ini melaporkan mangsa dilaporkan hilang selepas keluar dari sebuah rumah panjang di Jalan Durin di sini.

Mangsa dikatakan hilang apabila tidak pulang ke rumah selepas kelihatan keluar kira-kira pukul 7 pagi semalam.

Pihak bomba menerima laporan berhubung kejadian itu daripada pihak polis pada pukul 8.29 pagi.

Berdasarkan maklumat yang diterima, mangsa dipercayai keluar rumah melalui pintu belakang rumah. — DayakDaily