Wanita maut terlibat kemalangan di Jalan Oya-Igan

Mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.
Advertisement

DALAT, 15 Mei: Seorang wanita maut, apabila pikap yang dipandunya berlanggar dengan sebuah lori treler di Kilometer 6 Jalan Oya-Igan, di sini hari ini.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Sarawak Supt Alexson Naga Chabu berkata mangsa dikenali sebagai Tan Yi Lin berusia 25 tahun dan berasal dari Kampar, Perak.

Jelas Alexson, mangsa semasa kejadian memandu pikapnya dari arah Igan menuju ke Oya pada jam 11.15 pagi.

Advertisement

Katanya, mangsa dipercayai gagal mengawal pikapnya lalu terbabas ke laluan bertentangan dan melanggar bahagian hadapan tepi lori tersebut.

Mangsa disahkan meninggal dunia oleh anggota paramedik di lokasi kejadian akibat kecederaan parah.

Manakala pemandu lori dilaporkan tidak mengalami sebarang kecederaan.

Mayat mangsa kemudian dihantar ke rumah mayat hospital untuk tindakan selanjutnya.

Kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987. — DayakDaily

Advertisement