Wanita maut, mangsa langgar lari di Serian

PDRM logo

SERIAN, 22 Jan: Seorang pejalan kaki meninggal dunia dipercayai menjadi mangsa langgar lari di Kilometer 61 Jalan Kuching-Sri Aman semalam.

Ketua Polis Daerah Serian DSP Aswandy Anis berkata mangsa iaitu seorang wanita semasa kejadian bersama abang tirinya dari Serian menuju ke Pantu sekitar jam 1 pagi.

Katanya mangsa telah dilanggar sebuah kenderaan yang kemudian terus beredar dari lokasi kejadian.


Mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.

Mayat mangsa kemudian dihantar ke Hospital Serian untuk tindakan selanjutnya.

Usaha untuk mengesan kenderaan tersebut masih dijalankan.

Kes disiasat dibawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. — DayakDaily