Seorang maut dalam kemalangan di Miri

Fire and Rescue Department Malaysia/ Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia logo

MIRI, 22 Jan: Seorang lelaki disahkan meninggal dunia dalam kemalangan membabitkan dua kenderaan di Jalan Jee Foh Utama, di sini semalam.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (Bomba) Sarawak berkata pihaknya menerima laporan berhubung kejadian pada jam 11.58 tengah malam.

Katanya, anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Miri terus dikerahkan ke lokasi kejadian.


“Seorang pemandu lelaki dalam kereta jenis Honda HRV tidak tersepit dikeluarkan oleh pasukan penyelamat bagaimanapun telah disahkan meninggal dunia oleh pasukan perubatan.

“Manakala pemandu sebuah lagi kereta telah dibawa oleh orang awam ke hospital sebelum pihak bomba tiba,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Mangsa berusia 37 tahun. — DayakDaily