Wanita ditemui tiada bernyawa di pondok di kawasan Marina Utama

Royal Malaysia Police logo
Advertisement

Oleh Brad Rantayy

MIRI, 2 Ogos: Mayat seorang wanita dipercayai warga Indonesia ditemui di dalam sebuah pondok tidak bernumbor di kawasan Marina Utama petang Sabtu (1 Ogos).

Menurut Ketua Polis Daerah Miri ACP Lim Meng Seah, mangsa berusia 36 tahun itu ditemui dalam keadaan mengiring oleh rakan lelakinya kira-kira jam 6 petang yang kemudiannya bertindak menghubungi pihak polis.

Advertisement

“Hasil temubual dengan rakan lelaki mangsa, pada jam lebih kurang 3.30 petang, pengadu telah keluar membeli makanan. Apabila pengadu pulang ke pondok berkenaan jam lebih kurang 6 petang, mendapati perempuan tersebut sudah tidak sedarkan diri,” ujar Lim.

Lim menambah, siasat awal mendapati pada kad temujanji pesakit, mangsa pernah mendapatkan rawatan pesakit luar di Hospital Miri pada 27 Jun tahun ini kerana jangkitan pada paru-paru.

“Hasil pemeriksaan fizikal terhadap mangsa tidak menjumpai apa-apa unsur jenayah,” katanya.

Mayat si mati telah dihantar ke Hospital Miri untuk bedah siasat.

Kes disiasat sebagai laporan mati mengejut (SDR). ā€” DayakDaily

Advertisement