Wanita disyaki ejen loteri haram ditangkap di Bau

Suspek ditangkap untuk siasatan lanjut.

BAU, 31 Jan: Seorang wanita ditangkap kerana disyaki menjual loteri awam secara haram di sebuah kedai makan di pekan Tondong, semalam.

Ketua Polis Daerah Bau DSP Poge Nyaon berkata suspek, 29 tahun, ditangkap anggotanya dari Bahagian Siasatan Jenayah yang menjalankan rondaan di kawasan tersebut sekitar jam 4.55 petang.

Katanya, suspek selepas diperiksa disyaki ejen menjual loteri haram menyebabkan dia ditangkap untuk siasatan lanjut.


Turut dirampas daripada suspek ialah sejumlah wang tunai, mesin pencetak mudah alih dan telefon bimbit.

Kes disiasat di bawah Seksyen 4A(a) Akta Rumah Judi Terbuka 1953.

Jika disabitkan kesalahan boleh didenda tidak kurang RM20,000 dan tidak lebih daripada RM 200,000 atau hukuman penjara selama tempoh tidak melebihi lima tahun penjara. — DayakDaily