Wanita cedera jatuh di flat di Kota Samarahan

Anggota bomba membantu mangsa yang terjatuh.

KOTA SAMARAHAN, Julai 5: Seorang wanita berusia 20 tahun cedera selepas terjatuh di Flat Desa Ilmu di sini hari ini.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Sarawak, Tiong Ling Hii berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada pukul 6.18 pagi.

Katanya, sejurus menerima panggilan itu, sepasukan 10 anggota bomba bergegas ke lokasi kejadian untuk melakukan operasi menyelamat.


“Apabila tiba, komander operasi melaporkan seorang mangsa perempuan berumur 20 tahun terbaring akibat terjatuh ketika berjalan di kawasan pejalan kaki di flat berkenaan.

“Pemeriksaan lanjut mendapati mangsa mengadu mengadu sakit pada bahagian pinggang dan kakinya,” katanya di sini hari ini.

Tiong menambah, anggota bomba dari pasukan Kecemasan, Perubatan, Tindak Balas dan Perkhidmatan (EMRS) kemudian memberi rawatan awal kepada mangsa.

Katanya, anggota EMRS telah bertindak menstabilkan mangsa dengan memasang ‘pelvic sling’ dan ‘cervical collar’ pada mangsa.

“Mangsa kemudian dihantar ke Hospital Umum Sarawak untuk tindakan selanjut,” ujarnya. — DayakDaily