Wanita berdiri di bucu bangunan diselamatkan

Mangsa ditenangkan oleh pihak Bomba.

BINTULU, 27 Jan: Seorang wanita berjaya diselamatkan selepas dijumpai berdiri di atas bucu sebuah bangunan di Jalan Kidurong, di sini hari ini.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (Bomba) Sarawak berkata pihaknya menerima laporan berhubung kejadian pada jam 10.07 pagi.

Katanya, anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Bintulu dikerahkan ke lokasi kejadian.


“Setibanya di lokasi kejadian didapati seorang wanita berada di atas aras dua sebuah bangunan, dengan kedudukan berdiri di tepi bucu bangunan tersebut.

“Pasukan penyelamat kemudian memujuk mangsa dan kira-kira 20 minit kemudian dia berjaya diselamatkan,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Mangsa kemudian ditenangkan dan seterusnya diserahkan kepada polis untuk tindakan selanjutnya.

Operasi tamat pada jam 10.35 pagi. — DayakDaily