Wanita antara tiga ditangkap disyaki tokan dadah di Kuching

Royal Malaysia Police logo

KUCHING, 21 Julai: Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuching memberkas tiga individu temasuk seorang wanita disyaki terlibat aktiviti penyalahgunaan dadah semalam.

Ketua Polis Daerah Kuching ACP Ahsmon Bajah berkata ketiga-tiga suspek ditangkap di kawasan Pending, di sini sekitar jam 7.20 malam.

Katanya, pasukan operasi berjaya menemui dadah disyaki syabu yang dianggarkan seberat 61.36 dan bernilai RM6,136.


Ketiga-tiga suspek kemudian ditangkap dan dadah tersebut dirampas untuk siasatan lanjut di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952.

Jika disabitkan kesalahan, pesalah akan dijatuhkan hukuman mati mandatori.

Selain itu, kesemua suspek turut disiasat di bawah Seksyen 39(A)(1) ADB dan Seksyen 15(1)(a) ADB 1952 kerana disahkan positif dadah jenis amphetamine dan methamphetamine.

Polis masih menjalankan siasatan dan sesiapa yang mempunyai maklumat berhubung kegiatan penyalahgunaan dadah boleh menghubungi mana-mana balai polis berhampiran. — DayakDaily