Waja terbakar di Jalan Setia Raja, Kuching

Anggota Bomba sedang berusaha memadamkan kebakaran.
Advertisement

KUCHING, 22 April: Sebuah kereta Proton Waja dikatakan tiba-tiba terbakar semasa melalui sebuah jambatan di Jalan Setia Raja, di sini hari ini.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (Bomba) Sarawak berkata semasa
kejadian hanya seorang pemandu berada di dalamnya.

“Pusat Gerakan Operasi Sarawak menerima panggilan daripada MERS 999 pada jam 8.08 pagi dan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tabuan Jaya terus bergerak ke lokasi.

Advertisement

“Setiba di lokasi, komander operasi melaporkan kebakaran melibatkan sebuah Proton Waja yang telah terbakar pada enjinnya,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Tambahnya, pasukan Bomba berjaya mengawal dan memadamkan kebakaran daripada memusnahkan keseluruhan kereta berkenaan.

“Kebakaran dianggarkan 100 peratus pada bahagian enjin dan tidak melibatkan sebarang kemalangan jiwa,” katanya lagi.

Operasi memadam kebakaran tamat sepenuhnya pada jam 8.35 pagi. — DayakDaily

Advertisement