This Content Is Only For Subscribers
KUCHING, 3 Julai: Versi mee goreng Ah Seng atau Ah Mong yang popular di kalangan penduduk di Bandar Simanggang boleh dinikmati di Kuching.
Beroperasi di sebuah kopitiam di kawasan komersil di Batu 4 Jalan Kuching-Serian (tapak terminal bas lama), mee goreng atau kueh tiaw goreng ini diusahakan oleh Ah Hai.
Ah Hai yang juga berasal dari Sri Aman telah berniaga di Kuching selama 7 tahun.
Beliau mempelajari kemahiran memasak mee goreng daripada bapanya (Ah Liang) yang juga berniaga mee di Open Air Market di Sri Aman.
“Sudah lebih 7 tahun saya berniaga di Kuching, mulanya gerai saya di sebuah kopitiam di Batu 3.
“Kini di kawasan ini di Batu 4, menjual mee goreng dan kueh tiaw goreng. Selain itu saya juga menjual mee satay Sri Aman yang popular,” katanya.
Ah Hai yang dibantu isteri turut menjual pelbagai makanan lain seperti ‘crispy mee’.
Fasih berbahasa Iban, gerai Ah Hai (Sri Aman Ah Hai Satay Mee) kerap dikunjungi orang ramai khususnya mereka yang berasal dari Sri Aman.
Pada hujung minggu, kopitiam tersebut bagaikan tempat bagi penduduk dari Sri Aman untuk berkumpul. — DayakDaily