Van terbabas di Sri Aman bawa tujuh mangsa

Mangsa diberikan bantuan kecemasan.

SRI AMAN, 28 Mei: Sebuah van yang membawa tujuh penumpang terbabas berdekatan Lachau, di sini pagi tadi.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (Bomba) Sarawak berkata pihaknya menerima laporan berhubung kejadian pada jam 10.29 pagi.

Katanya, anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sri Aman dikerahkan ke lokasi kejadian.

“Setiba di lokasi kejadian, didapati kemalangan jalan raya melibatkan sebuah van yang telah terbabas ke dalam parit di sebelah kiri.

“Unit EMRS Bomba bersama agensi lain memberi perawatan awal kepada tujuh orang mangsa,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Mangsa diberikan bantuan kecemasan.

Tambahnya, dua mangsa berusia 13 dan 22 tahun dikejarkan Unit EMRS Bomba ke Hospital Sri Aman untuk rawatan lanjut.

“Setelah selesai menyerahkan kedua-dua mangsa kepada pihak hospital dan mengambil maklumat mangsa,” katanya.

Anggota Bomba kemudian berangkat balik ke balai. — DayakDaily