Vaksinasi dos kedua di Ba’Kelalan bermula semalam

Vaksin Sinovac yang dibawa menerusi perkhidmatan helikopter tiba di Ba’Kelalan semalam (13 Julai 2021). Foto: Ukas

KUCHING, 14 Julai: Vaksin Sinovac bagi dos kedua tiba di Ba’Kelalan dengan menggunakan perkhidmatan helikopter Angkatan Tentera Malaysia (ATM) semalam.

Memetik laporan Unit Komunikasi Awam Sarawak (Ukas), vaksin tersebut telah dibawa ke Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Dewan Masyarakat Buduk Nur sebaik mendarat di lapangan Terbang Ba’Kelalan.

Proses pemberian suntikan vaksin dos kedua kepada penduduk setempat seterusnya diadakan di PPV tersebut.

Manakala vaksin dos kedua bagi penduduk di Semadoh turut dihantar bersama menggunakan helikopter dan akan dihantar ke Klinik Desa Long Semadoh pada hari ini melalui jalan darat.

Turut serta dalam penerbangan itu ialah Pasukan Combat Medic, Batalion Pertama ATM seramai sembilan orang yang akan bertugas di PPV Dewan Masyarakat Buduk Nur Ba’Kelalan selama dua hari.

Selepas itu, pasukan ini akan berada di PPV Dewan Masyarakat Long Semadoh Rayeh selama dua hari bermula 14 hingga 16 Julai sebelum berpangkat pulang ke pangkalan. — DayakDaily