Urut, spa, refleksologi dan karaoke kekal tidak dibenarkan sepanjang PKPB Sarawak

Festival. — DayakDaily.com file pic. // Photo: Pixabay

KUCHING, 26 April: Perkhidmatan urut, spa dan refleksologi, karaoke termasuk karaoke keluarga antara aktiviti hiburan yang tidak dibenarkan sepanjang tempoh penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di Sarawak.

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) dalam satu kenyataan hari ini berkata, ia antara aktiviti yang tidak dibenarkan sepanjang PKPB dari 27 April hingga 17 Mei 2021 yang melibatkan 16 zon.

Tambahnya, aktiviti hiburan lain yang tidak dibenarkan adalah pusat-pusat gimnasium, premis atau studio yang digunakan bagi tujuan aktiviti yoga, zumba dan aktiviti seumpamanya.


“Operasi pasar tani, pasar malam dan bazar Larut Malam (uptown, downtown dan seumpamanya serta aktiviti bazaar Ramadan adalah antara aktiviti yang turut tidak dibenarkan,” katanya.

JPBNS turut menetapkan bahawa pengoperasian semua premis pejabat dan perniagaan dalam zon adalah dibenarkan dari jam 6.00 pagi hingga 10.00 malam.

Namun, ia dengan syarat kapasiti pengoperasian restoren dan gerai-gerai makanan tidak melebihi 50 peratus kapasiti premis atau maksimum 100 orang sahaja.

Enam belas zon yang terlibat ialah  Zon Kuching (Bahagian Kuching, Bahagian Samarahan dan Bahagian Serian), Zon Sri Aman, Zon Sarikei, Zon Betong, Zon Mukah, Zon Bintulu, Zon Miri, Zon Beluru, Zon Subis.

Zon Telang Usan, Zon Marudi, Zon Limbang, Zon Sibu, Zon Kanowit, Zon Selangau dan Zon Kapit. — DayakDaily