Upacara Pemberkatan Batu Tungun pulihara adat dan budaya Kaum Penan

Chukpai melihat produk hasil kraftangan masyarakat Penan.
Advertisement

KUCHING, 2 Okt: Upacara Pemberkatan Batu Tungun di Lookout Point, Murum diadakan setiap tahun sebagai usaha untuk mengekalkan kelestarian adat, kebudayaan, warisan tradisi masyarakat Penan.

Adun Murum Kennedy Chukpai Ugon berkata, ia penting agar tradisi dan adat ini tidak dilupakan.

“Adalah penting kita memelihara adat dan budaya ini, khususnya bagi tatapan generasi muda yang kebanyakkannya sudah jauh bekerja di bandar,” kata Chukpai di majlis tersebut pada Isnin lepas.

Advertisement

Selain itu jelas beliau, upacara itu juga berpotensi menarik pelancong datang ke kawasan Murum.

Katanya, pelancong boleh menyaksikan sendiri keunikan budaya, kehidupan dan tradisi Kaum Penan.

“Ini juga memberi kesempatan dan pendedahan kepada masyarakat kita di Murum untuk mempromosi produk-produk mereka.

“Produk hasil kraftangan boleh dijual dan sekaligus meningkatkan pedapatan mereka,” katanya. — DayakDaily

Advertisement