Unit Udara Bomba bantu hantar vaksin dari Sabah ke Sarawak

Gambar komposit operasi penghantaran vaksin oleh Unit Udara JBPM Sarawak.

Follow and subscribe to DayakDaily on Telegram for faster news updates.


MIRI, 22 Sept: Unit Udara Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) menjalankan operasi menghantar 2,274 kilogram vaksin jenis Pfizer.

Pengarah JPBM Sarawak Khirudin Drahman berkata vaksin tersebut dibawa dari Hospital Queen Elizabeth Kota Kinabalu, Sabah untuk kegunaan proses vaksinasi remaja di negeri ini.

Tambahnya, kesemua vaksin itu dibawa ke Pusat Farmasi Bahagian Miri dan Pusat Farmasi Bahagian Sibu menggunakan pesawat jenis Mi17i M994-04.


“Vaksin ini adalah bagi kegunaan vaksinasi remaja berusia 12 hingga 15 tahun di Miri dan Sibu yang dijangkakan akan bermula dalam masa yang terdekat,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Menjelas lanjut, beliau berkata operasi pengangkutan ini adalah bagi membantu Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS).

Operasi tersebut dijayakan oleh juruterbang, Kapten Ruzaidi dan dibantu Kapten Fissol dan Pegawai Kesihatan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) Dr Haniff. — DayakDaily