Unifor sumbang dana RM550,000 bagi empat gereja di Tasik Biru

Henry (dua dari kiri) menyerahkan cek Unifor kepada salah seorang wakil gereja. Foto: Ukas
Advertisement

KUCHING, 2 Ogos: Kerajaan Sarawak menerusi Unit Hal Ehwal Agama-Agama Lain (Unifor) telah menyumbang dana berjumlah RM500,000 kepada tiga buah gereja di kawasan DUN Tasik Biru.

Menurut laporan Unit Komunikasi Awam Sarawak (Ukas) Gereja St Barnabas Kampung Skiat Lama menerima peruntukan sebanyak RM100,000.

Manakala Gereja St Thomas Apostle Kampung Skiat Baru dan Gereja St Mary, Kampung Suba Bau masing-masing menerima RM200,000.

Advertisement

ADUN Tasik Biru, Dato Henry Harry Jinep telah melakukan penyerahan cek dana tersebut pada Sabtu (31 Julai 2021).

Sumbangan dana tersebut adalah bertujuan bagi kerja-kerja menaik taraf bangunan ketiga-tiga gereja berkenaan.

Pada hari yang sama, Gereja St Peter Serippau, Singai Bau turut menerima dana dari Unifor berjumlah RM50,000 yang diserahkan oleh Henry.

Manakala Gereja St Leonard Kampung Atas, Singai pula menerima dana peruntukan Projek Kecil Luar Bandar (MRP) berjumlah RM80,000 bagi membaiki fasiliti dan kemudahan asas gereja tersebut.

Dana MRP itu adalah daripada Menteri Pendidikan, Sains Dan Penyelidikan Teknologi Datuk Amar Michael Manyin Jawong dan cek telah diserahkan oleh Henry. — DayakDaily

Advertisement