UNIFOR: Perarakan keagamaan serta kunjungan rumah ke rumah tidak dibenarkan

Covid-19 (file photo).
Advertisement

KUCHING, 24 Jan: Perarakan keagamaan tidak dibenarkan di dalam kemaskini Prosedur Operasi Standard (SOP) pembukaan rumah ibadat yang dikeluarkan Unit Hal Ehwal Agama-Agama Lain (UNIFOR) 13 Januari lepas.

Turut di dalam senarai negatif dalam tempoh Pelan Pemulihan Negara Fasa 4 Sarawak adalah aktiviti keagamaan yang melibatkan kunjungan dari rumah ke rumah.

Manakala aktiviti yang dibenarkan adalah upacara perkahwinan, sembahyang sebelum upacara pengkebumian dan seminar atau mesyuarat di dalam kawasan rumah ibadat.

Advertisement

Namun had kehadiran tertakluk kepada saiz ruang tempat upacara atau aktiviti diadakan dengan penjarakan fizikal 1 meter.

Orang ramai juga dikehendaki mematuhi SOP yang telah ditetapkan. — DayakDaily

Advertisement