Lelaki disyaki terlibat kegiatan loteri haram ditangkap di Bau

Suspek ditangkap untuk siasatan lanjut.

BAU, 24 Jan: Seorang lelaki ditangkap kerana disyaki terlibat kegiatan jual beli loteri haram di kedai makan di Pasar Bau hari ini.

Ketua Polis Daerah Bau DSP Poge Nyaon berkata suspek, 20 tahun, mulanya diperiksa, selepas dilihat mencurigaka duduk di dalam kedai makan tersebut sekitar jam 2.25 petang.

Katanya, hasil pemeriksaan menemui beberapa kertas tercatit nombor-nombor dipercayai berkaitan loteri haram.


Suspek yang berasal dari Kampung Triboh, Serian itu kemudian ditangkap untuk siasatan lanjut.

Pasukan serbuan turut merampas sejumlah wang tunai daripada suspek.

Siasatan lanjut kes disiasat di bawah Seksyen 4A(a) Akta Rumah Judi Terbuka 1953.

Jika disabitkan kesalahan boleh didenda dari RM20,000 hingga RM200,000 dan penjara tidak lebih lima tahun. — DayakDaily